Pages

Tuesday, May 22, 2012

Memberi Taklimat Perkongsian Ilmu....


Assalamualalikum wrt wbt....salam satu Malaysia buat semua.
Alhamdulillah dgn izinNya kita semua dpt mengharungi kehidupan dgn rasa syukur dan terima kasih kpd Allah SWT. Juga salam 1 Rejab ari ni.Moga sama2 kita melakukan amalan sunat dgn berpuasa sunat Rejab. Maknanya dh tak jauh lg kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Awal minggu lepas aku telah dijemput oleh pihak Pejabat Penghulu Mukim Rawang 2 untuk bersama-sama hadir ke kursus keusahawanan yang berlangsung di dewan Pegawai Daerah Gombak di Selayang. kali ni aku dtg bukan sebagai peserta tetapi sebagai penceramah untuk memberikan tips2 mcmana aku dpt kekalkan perusahaan aku sehingga ke hari ini.

Mulanya memang berat nk berucap. Al-maklumlah dh lama x asah balik teknih nak berceramah ni. rasa ketaq pun ada jugak. Namun semangat yg kuat dan doa yg ku panjatkan serta  niat ikhlas aku nk menyampaikan sesuatu yg bernilai yg aku x dpt dr mana2 Universiti yg aku belajar. Semuanya adalah hasil dr pengalaman yg aku kutip sepanjang hampir 6 thn aku menjalankan perusahaan makanan sejukbeku ni. ini semua untuk aku kongsikan dgn para peserta yg hadir dlm seminar keusahawanan peringkat Daerah Gombak.

tgh memberi taklimat usahawan untuk perkongsian

Aku pun prepare lah maklumat ttg sykt aku ala kadar cz aku x sempat nk prepare penuh. ikut mana yg mampu. tapi masa bercakap kt para peserta tak ikut sgt pun dgn power point yg aku buat tu.

aku lebih tekankan soal jati diri iaitu kekuatan pengusaha kena kuat zahir dan batin. kerana bila dh terjun ke dunia perniagaan bukan seperti yg diucapkan di bibir. tidak semudah itu. byk cabaran dan halangan yg dtg. di situ kekuatan dan kebijaksaan   kita untuk 'tackle' masalah itu untuk dijadikan sebagai peluang.

Selain itu jugak, aku tekankan soal minat yg mendalam dlm apa jua profession perniagaan yg kita ceburi. kalau minat tiada, maka perniagaan tidak akan bertahan lama. kalau minat yg mendalam ada pd jiwa pengusaha, InsyaAllah perniagaan akan bertahan lama.

Tanpa ILMU jugak tidak akan membawa pengusaha ke mana2. So aku jelaskan ambillah peluang dlm sebarang kursus2 yg berkaitan dgn keusahawanan dan teknikal utk menguatkan lg pengetahuan kita sbgai pengusaha supaya kita menjadi usahawan yg knowlegable. Tidak mudak utk diperkotak-katikkan oleh org lain.

Selain itu jugak 3 perkara yg aku bgtau utk bertahan dlm perusahaan kita ialah
1- Jaga customer
2- Jaga Supplier
3-Jaga Kewangan dgn baik
InsyaAllah perniagaan akan bertahan lama.

Selain dr itu jugak aku tekankan soal kesabaran di dalam perniagaan. Menjadi seorang usahawan kena mempunyai tahap kesabaran yang maksimum. Ada ketika dulu sewakti aku baru memulakan perusahaan ini produk aku di lempar ke lantai kerana xder brand dan sticker. Tp kita ambil positif anggap ia sbg cabaran buat kita.

Aku rasa cukup setakat ni dulu. cz ada kerja lain yg menanti aku. InsyaAllah ada kesempatan nnt aku tulis lg.

Sekian Wassalam.

ESIR
Salam Bulan Rejab!

No comments:

Post a Comment