Pages

Thursday, January 20, 2011

Pengenalan


E’SIR Enteprise telah ditubuhkan pada 18 Ogos 2006 yang merupakan syarikat milik penuh En Muhamad Isa Bin Edrus yang juga usahawan Bumiputra Melayu Islam yang menjalankan urusan perniagaan makanan sejuk beku atau lebih popular dengan nama frozen food.  Syarikat ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 16 Ogos 2006.

Bermula secara kecil-kecilan di rumah sejak 3 tahun yang lalu. Dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.00, syarikat ini mula mengorak langkah setelah mendapat sokongan dan sambutan dari penduduk setempat khasnya dan penduduk kampung amnya.  Perkembangan yang positif ini seolah-olah telah memberi gambaran am bahawa kecenderungan dan kesedaran orang ramai kepada produk Bumiputera Melayu Islam (BMI) atau produk halal keluaran orang melayu Islam.