Pages

Wednesday, May 29, 2013

Alhamdulillah...syukur...

Assalam alaykum kpd semua pembaca yg budiman...

Alhamdulillah mlm ni aku dapat lagi tulis untuk aku kongsikan dgn korang. Of course la cabaran dalam perniagaan ni mmg tidak boleh dinafikan. Yang penting kita kena bulatkan tekad, yakin serta fokus apa yg kita buat. InshaAllah akan tercapai.

Alhamdulillah mgu ni yg agak sibuk dgn pelbagai urusan termasuklah anak2 yg sedang menikmati cuti sekolah 2 mgu..mmg kena uruskan masa dgn terbaik..Thank very much to my Wife..yg amik cuti seminggu..ni actually die sgt2 cbuk dgn urusan pengajiannya. Maklumlah nk xzam dah ni..assignment pun melambak..pandai2lah bahagikan masa...

Oklah aku x nak citer sgt pasal family ni, aku lg suka share pasal bisnes aku ni. Td masa aku nga makan malam kat luar tetiba phone aku berdering, aku pick up..rupanya customer 'Otai" aku call. Die mintak aku putuskan mlm ini jugak pasal nk masuk brg baru ke dalam hospital. Deal punya deal...dlm phone jer..dpt keputusan yg bagus..InshaAllah besar kemungkinan produk popia otak2 aku n' cubadak aku akan masuk hospital sebagai tambahan dari produk yg sedia ada masuk ke dalam hospital iaitu karipap kentang, samosa kentang dan popia sayur. Korang pepaham ajerla kan kalau hospital minta supply  bukan 3-400 bj punyer citer..sanggup x sanggup jer kita nak supply...Alhamdulillah...aku menyatakan kesediaan aku utk supply 2 item yg aku sebutkan tadi...

Ini semua ketentuan Allah. Kita hanya merancang dan Dia lah yg menentukannya. Mmg ramai yg cakap bukan senang nk supply utk hospital especially kompeni kecik mcm aku ni.. tapi walau macamana sekalipun...walaupun kecik..tapi kita kena 'THINK BIG"..kalu x mmg kita tak bole nk coop...

Aku tak kata produk aku d best!..tp apa yg faham ialah bila sesuatu produk itu boleh diterima oleh org2 besar sykt ia adalah satu penghargaan yg cukup besar..kpd aku..yg dulu berhempas pulas utk mendapatkan resepi yg betul2 baik..hatta terpaksa berbelanja besar utk mendapatkan "sifu" yg terbaik..utk aku belajar...

Oklah nnt ader masa aku nk share lagi dgn korang yer...

Sekian, wassalam...

like my page www.facebook.com/esirfrozen


ENAK SENTIASA INGAT RASA


Thursday, May 23, 2013

Nukilan

Assalam alaykum wrt wbt buat semua pembaca blog ku ini..aku doakan kalian semua dalam rahmat Allah SWT..

Alhamdulillah syukur baru selesai sessi interview utk pengambilan staff baru...cuma nak buat pemilihan tu mmg akan amik masa jugak...tapi Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan hebat2 latar belakang yg bagus2...

Abis ni, aku nk kena standby barang untuk esok..walaupun cuti umum semua staff kerja..so kena bayar tripple la ni..xper yg penting permintaan pelanggan dapat dipenuhi dan sampai tepat pada masanya..Walaupun perusahaan ini dalam kategori mikro, tapi aku tak nak nampak mcm mikro, kita berupaya pergi lebih jauh dan berjiwa perusahaan sederhana..

Alhamdulillah sambutan setakat ini amat2 menggalakkan sehingga stock pun tak cukup, kekadang terpaksa guna kengkawan yg seangkatan utk top up stock yg kurang...tapi secara overall pelanggan berpuashati walaupun ader sedikit kekurangan mgkn dr segi taste yg berbeza, namun semuanya ok...

Aku bercadang nak buat makan free hujung bulan ni di kilang aku sendiri, nk jemput semua org kuang dtg rasa sendiri produk aku, aku akan goreng dan bagi makan percuma. cuma nk tentukan masa sama ada pagi atau pun petang, cz byk benda yg nk kena pk jugak ni..

Aku ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelanggan aku, juga jutaan terima kasih aku ucapkan selama ini telah menyokong Esir Frozen sehingga ke tahap ini. InshaAllah Esir Frozen berusaha untuk memberi yg terbaik kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan yg disayangi..mereka memberikan komen membina..cadangan dan teguran yg banyak memberikan utk tujuan penambahbaikan...

apapun yg kita buat mesti ada FOKUS, dan kena tau selok belok bidang perniagaan yg kita ceburi..

Aku doakan kalian terus Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat..amin..

salam

Esir
Enak Sentiasa Ingat Rasa

www.facebook.com/esirfrozen

Wednesday, May 15, 2013

Assalamualalikum wrt wbt..semua rakan blog yg ku sayangi...

Rejab dah masuk dh, tak lama lagi Syaaban pulak, pastu Ramadhan...3 bulan ni mmg byk keberkatannya..terutama sekali jika berpuasa sunat...

Mari kita bykkan selawat dan istighfar serta byk melakukan amalan sunat semoga hidup kita lebih barokah dan bahagia dalam rahmat Allah SWT.

Saya mendokan para pembaca terus berjaya mencapai matlamat dalam hidup terutama untuk meningkatkan lagi kualiti dan taraf hidup kita dan keluarga yg biasa-biasa ke arah yg lebih luar biasa, agar tidak terus hanyut oleh masalah terutamanya masalah kewangan.

Alhamdulillah, Esir Frozen telah menjangkau umur 6 tahun..tak cukup lagi..dari mulanya hanyalah dari dapur rumah  ajer..pastu dh berkembang  move ke sebelah rumah ..iaitu rumah sewa ayahanda sy, then modified jadi kilang memperoses kuih2 sejukbeku keluaran Esir Enterprise (Esir Frozen) yg kini sedang memasarkan produknyer ke hospital dan juga caterer sekitar kuala Lumpur.


Selain dari itu juga Esir Frozen juga membekalkan produk ke pengusaha catering sekitar lembah klang juga. selain memasarkan produk ke rangkaian kedai Az-Zain.

Kepada mereka yang berminat ingin menjadi pengedar, Esir Frozen sangat mengalu-alukan, dan esir frozen membuka peluang menjadi business partner dengan modal yg sangat minimum.Marilah kita sama2 menyokong dan berjihad untuk menegakkan ekonomi bangsa melayu dan islam. 

untuk keterangan lanjut bole hubungi saya di talian tertera di atas ataupun 0193536314 ataupun fan page www.facebook.com/esir frozen

sekian

Admin Esir