Pages

Wednesday, April 10, 2013

Assalamualalikum n very good morning to all...harap korang semua sihat2 shj dlm rahmatNya...
eemm..ape nk citer ek? byk sangat yg bermain di kepala ni..idea macam ada. 

oklah aku nak citer sikit..Alhamdulillah bermula dari minggu lepas..produk karipap sardin aku dah mula masuk untuk hospital. Sambutan amat baik..tp biasalah teguran membina tu ttp ada..improve come perfect kan..de yg tak nak pedas..de yg nk bawang semata..de yg nk sardin banyak macam2 lagilah.Ini semua memberitahu yg produk aku boleh diterima oleh semua pesakit di Hospital G tersebut. 


Macam nilah bentuk pembungkusan yg sykt aku buat untuk supply ke Hospital g tersebut. So far Alhamdulillah..setakat ni dh 4 jenis produk yang dh masuk ke hospital tersebuat iaitu karipap kentang, samosa kentang, popia sayur dan terbaru karipap sardin. Untuk setiap paket tu ada 50biji dan setiap kotak ader 4 pkt bermakna ada 200 biji utk setiap kota. Kita supply ke hospital tersebut lebih kurang hampir 9000biji seminggu atau 36,000biji kuih sebulan. Ini baru satu hospital. Cuba korang bayangkan 2 atau 4 buah hospital, agak2 berapa bykkah production yg akan keluar...?

Ini semua berkat sokongan keluarga, staff yg sangat inovatif dan bijak serta kawan2 juga pelanggan tetap kami yg lain...untuk mencapai ke tahap ini bukanlah sesuatu yg mudah. Ini kerana byk benda yg nk kena pk dan buat. Dari bahan mentah sampailah ke produk siap....Kalau sorang buat mmg tak akan langsung!

Selain itu juga caterer2..tetap aku yg setia antaranya sekitar bangi dan kota damansara. Terutama bile musim cuti sekolah mmg byk tempahan..selain dari pengusaha2 pasar tani dan pasar malam dsb..

oklah..cukup dulu..nnt kita share lagi ok...
Assalamualalikum...

esir frozen